Saturday 16 February 2013

murtabak meggi special!!



Hai sahabat2 sume….korg pnah mkn murtabak meggi x?? ak 1st time jmpe bendalah ni at Ganu,ad student jual time Karnival at Unisza…so ak tnyer la cmner nk watnyer..alorhhh sng jer,sdap lak tu… msti korg da pnah rase kn,tp ak tetap nk share jgaklah..huhu..pd yg blom mencube 2,cpt2 la try test eh!! Meme sdap lah .tmbh plak mkn time2 pnas2,sdap gitEww.. J



tadaaa..... ni la qupo murtabak meggi..


Bahan:- 
·                     2 bungkus maggie - dipatah-patahkan
·                     1 paket perencah maggie kari-Yatie letak 2
·                     2 biji telor
·                     1/2 biji bawang besar - didadu
·                     sedikit daun bawang - dihiris halus
·                     1 tangkai cili merah -buang biji dan cincang/hiris halus
·                     sedikit minyak masak

Cara Membuat:-


1.            Didihkan air dalam periuk, masukkan maggie dan masak hingga lembut. Toskan. Ketepikan.
2.           Dalam mangkuk lain, campurkan semua bahan lain kecuali minyak masak.
3.           Masukkan maggie tadi dan gaul sekata.
4.           Panaskan beberapa titis minyak dalam non-stick pan mini (*atau boleh jek guna kuali, ikut suka laahh), tuangkan adunan maggie tadi dan masak dengan api perlahan. Balikkan kedua-dua belah dan masak hingga kuning keemasan.
5.           Angkat dan hidangkan dengan sos cili kegemaran.

oh bas Shamisha!!



Hai…nk berceloteh apa nie?? Huhu…ak nk share la 1 pngalaman pahit ak at korg ni,di samping kngn pahit ad manisnya..huhu..tarikh 13/2/13 ari rabu,jam 9.30 mlm ak trpaksa blik Ganu,knonnyer nk blik 15 ari bulan tp disebbkan tiket xdak trpaksala blik awai.ni la padahnyer bli tket last2 mnit,so trimela kan..ase kejap cgt aku bercuti,sminggu jap pon sempena Raya Cina…ap2 pon hepy cgt dpt jmpe adik2, mak abah n jiran2 kg..dpt gak lpas rndu….korg nk tahu ak naek bas ap?? Hurmm bas yg plg bermasalah lah; ShAMISHA…thu kn…ak mmg xnk naek bas nih tp da xdak bs lain….so naek jela…kol 8.30 ak da bergegas k Terminal Shahab Perdana,sja la gerak awal tkot jalan jem..smpai Shahab lbih kurang kol 9 cm 2 la….bas kol 9.30,so ak n fmily g la mkn at Mc.D kejap,alas perut yg lapar nie… mak ak mcm biase la dy risau tkot bas tgai ak,tp ak wat donow jer.huhu,abah ak ilex jer….ak thu bas Shamisha nih msti bertolak lmbat…memg btoi sangkaan aku!! Pnya la lma ak tgu,smpai da berjanggot panjang n dah banjir dah ketiak aku nih…haiyoooo geram btoi la!! Pandang jer bas tu,beaq btoi nk naek bas ni??? Dgn lampu dpn pcah,ad kesan2 excident lak>> ishhh3x isau2…sejam ak tgu,bwu la terhegeh hegeh nk jalan….da la bnyk transit,time 2 la nk baiki itu ini,time 2 jgak  nk isi mnyak,time tu jgak nk cri org bg pnuh bas…heee!!! Mcm kura2!!! Tp xpa sabar jela….. 

mlm 2 ak tdoq lena,x igt ap dah..tbe2 jam 5stgh pg,bas benti…ak terjaga dr  tdo coz ad org suluh lampu at ak,upe2nyer  pgawai JPJ.haha np dorg msok bas ni eq?? ak tertanya tnya la..dorg cri driver bas,upe2nyer driver bas dok tdoq!! Adoiii awat lagu 2,ishh2 xphm lah...bdn ak tbe2 kua ploh!! Aiii xkn ekon xdak? Awat lma cgt benti ni? Ak dah xbleh dok…..ak pon tnya la at sorg mamat ni npa bas benti?? dy pon kata ai xtaw ka?? Bas ad msalah ,2 la tdoq smpai x sdaq ap…hahaha mlu beb!! At mna ni?? Mamat tu jwb lar at gerik,terkejut ak!! Xkn bwu smpy gerik?lamanyaaaa …..ermm mlas pkir ak pon pakse pjam mata tp xbleh jgak coz bsing cgt,dgn ad bdk mngis,,,biasala pnas kn…yg driver bas 2 pon 1,xnk usaha lgsung..alasannyer kne gerak pg bwu nmpk jalan..opss lpa lk nk gtaw  ap msalahnyer,bas xleh gerak coz ekon rosak so cermin dpn akn jd kabur… xnmpk la jalan,bahaya taw,kbetulan jalan at gerik lak.nek bukit trun bukit...

hAaa  nsibla ad sorg pkcik nih,,dy cri sabun o syampoo ka,katanya nk letak at cermin dpn bg wap x naik..mmg berkesan lah..lpas solat subuh dlm kol 7 cm tu lah,ktorg pon gerak..time ni lah ak knal sorg mamat,baik jer muke.mcm geng kmpulan nsyid pon ad,,.hahaha…dy tnyer ak mcm2..ramah btoi mamat nih…ak pon jwb jela soalan dy..dy student cam ak jgak la…study at UMP,kos mkanikal kot…da nk pngsan aku dok dlm bas tu,bosannnn!! Dlm ati ak ni,bla la nk sampai?? Ak dah xlarat..mak abah ak asyik tepon ak,dorg risau cgt2….pg tu benti mkn at RnR JEli…ak xda mood aeh nk mkn,bek ak tdoq…pnas tu xleh kata ap dah….koi 11 pg,xsampai lg Ganu….ishhhh mluatnyerr,,,brula ku trasa jauhnya Terengganu dr Kedah…sblom ni ak nek bas tdoq ja,jaga2 dah smpai..huhu naek lak bas SP BUMI,mmg cpt la…niee bas ap?? Shamisya?? Urmmmm cam kura2 bjalan….xpalah ni yg terakhir dlm hdupku naek bas Shamisya…goodbye!! 

Berpeloh2 ak lam bas,da mcm2 bau ak rasa..eiiii….kol 1 lbih bwula ak smpy Ganu…huuhhh akhirnya smpai jgak,pwot ak da lapar…2 la td xnk trun mkn..apalagi,ak terjah la kdai mkn..blila nsi ayam bngkus…msalah x setel lg nie,,ak nk blik UNISZA naik ap??? Bas U xda pon..sdeh2 huk2…tbe mamat UMP tgur,blik naik ap..ak pon watla muke  sdeh,gtaw xtawla,naek teksi je kot…dy pon plawa ak,dy nk anta ak blik UNISZA…huii baiknyer mamat ni…ak pon plik jgak,dy org mne? Upenyer dy org Ganu,,g bercuti umah saudara dy at Kdah..ohh I see…..smbil dok serabut ni,nseb bek la ada bas lompat…bas tu koi 2,so smpatla borak2 ngn mamat ni kejap…koi 2 ja,ak blah r …xsbaq nk smpai hostel,,asa nk terjun kolam mandi ja…hangat2…hangat,,,sampai ja hostel,aku makan2,tdoq laaa…..k lah t ak smbg cter lain,da lgoh jari jemari ak ni….

pSs : jgn naek bas Shamisha lg…ni yg terakhir J
~ nice to meet you ~ ayat poyOs!! Kah2

Friday 15 February 2013

"suprise" Untuk Awak



"Cantik baju awak malam ni..."
"Ye lah... Baju ni kan baju yang awak hadiahkan minggu lepas."
"Awak, malam ni malam apa ye?"
"Entah. Malam apa? Kenapa dengan malam ni...?"
"Awak, malam ni malam Valentine Day la..."
"Oh, awak... saya nak cakap sesuatu la malam ni..."
"Apa dia? Cakap je la."
"Awak, saya terbaca kat satu artikel ni, yang kita tak boleh sambut Valentine Day. Awak tahu tak pasal tu?"
"Dah lapuk cerita tu... abaikan je la."
"Awak, kita orang Islam kan?"
"Yeah, for sure la..."
"Kita ni Islam atas nama je, kan?"
"Eh, apa yang awak nak syarah kat saya pulak ni...?"
"Saya takut la awak... malam semalam, saya mimpi, saya mati. Mati wak.. awak tak takut mati ke?"
"Isy... stop talking nonsense la."
"Saya cakap betul awak. Ada kawan saya cakap, couple tu haram. Kalau nak berkasih dan bersayang berlainan jantina, kena ada ikatan yang sah. Tapi kita?"
"So?"
"Kalau saya nak minta kita kahwin sekarang, mesti awak tak setuju kan? Alasannya kita masih muda. Tapi wak..."
"Awak jangan nak merepek ye. Jangan kata tiba-tiba nak berubah pulak. Awak yang ajak saya datang malam ni kan?"
"Tapi awak, saya tak habis cakap lagi ni..."
"Sudah. Sudah. Jangan rosakkan hari kekasih esok ni. Saya ada surprise untuk awak."
"Saya tak perlukan surprise tu. Saya takut Allah bagi 'surprise' kat saya, tanpa saya sempat buat apa-apa. Awak, dengar ni. Kalau kita nak berkasih, kena ada ikatan yang sah. Dan, berkasih bukan ada hari spesifik. Awak, saya takut wak..."
"Apa yang nak ditakutkannya lagi. Saya kan ada."
"Tapi nanti, kalau saya dah mati, saya tinggal dalam kubur sorang-sorang. Kalau saya kena soal macam-macam, kena seksa, awak ada ke dengan saya waktu tu untuk tolong saya, bela saya? Kalau awak ada, takpelah, saya rasa sikit lega."
"Awak ni dah mengarut ni..."
"Awak, kita bukan tak tahu semua ni. Kita tahu. Cuma kita sengaja buat-buat tak tahu. Kita pun ada belajar agama waktu sekolah dulu. Awak tak ingat ke? Ustaz Zamri selalu ingatkan kita pasal ni."
"Ok, ok. It's enough. So, apa yang awak nak sangat sekarang ni?"
"Kita clash! Itu yang terbaik wak."
"What??? Awak kena sampuk apa malam ni?"
"Biarlah awak nak kata saya kena sampuk ke apa, sekurang-kurangnya saya nak awak pun kena sampuk."
"Gila apa awak ni. Saya nak balik la macam ni."
"Awak, ingat kata-kata terakhir saya ye. Hidup ini tak lama. Hanya ada peluang sekali. Tapi, kalau kita gunakan ke arah kebaikan, sekali tu sudah mencukupi."
"Dah, jom balik."
"Takpela awak, saya balik sendiri."
"Whatever. Pelik la awak malam ni. Ok, see you tomorrow."
Baru sahaja lelaki itu berlalu meninggalkan teman wanitanya sejauh 10 km, terdengar satu hentaman kuat. Sebuah motor dirempuh oleh sebuah kereta dari arah bertentangan.
Dia.
Malangnya, tidak lagi bernyawa.
Dijemput malaikat terlebih dahulu.
Maka, tiada lagi peluang baginya.
Tiada lagi sesalan baginya.
Untuk bertaubat, memohon keampunan dosa-dosanya.
Hanya bekalan yang sedia ada, bakal dibawa, hingga ke sana.
.......
"Awak, kenapa awak pergi dulu? Kita tak sambut Maulidur Rasul lagi."
"Awak..."
"Eh, awak cakap dengan siapa ni?"
"Macam mana awak ada kat sini? Bukan ke awak yang kena langgar kat depan tu?"
"Tu la... saya pun ingat saya yang kena langgar, tapi rupa-rupanya motor belakang saya yang kena. Alhamdulillah, nasib baik Allah masih pelihara saya. Pastu saya teringat kata-kata awak tadi, sebab tu saya patah balik ni. Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sedarkan saya tadi."
"Saya balik dulu. Assalamu'alaikum."

Thursday 14 February 2013

MY BeaUtiFuL MALAYSIA :)




TEMPAT : STADIUM JOHOR BHARU

koi 5 pg da kna bgun,siap2 nk g Johor.....bermalam di UTEM,MELAKA


sampai2 ja dpt bju.....Merah!! cntik an??



snyummm :)


,wooo.... moto JPAM

muke2 keletihan n kegembiraan...
Seronok dapat sertai program ini di Muar.
Ramai mahasiswa/i dari UPSI,UNISZA,UITM,POLITEKNIK N laen2 dapat bertandang ke Johor.
Program serampang dua mata ini bukan sahaja
dapat menyemarakkan semangat kesukarelawan dalam kalangan mahasiswa,
malah dapat mencantikkan dan 
'Saya sayAng MALAYSIA'


sUka sUki




 Asalamualaikum kwn2 blogger,, da lme x update blog nih,ak lak mkin bzy mcm2 hal lah...dgn nk siapkn tesis yg membosankan tuh,program cna cni,tp smpat g ak bjalan,,free kn,ap lagi!! xlepas la pluang emas nie... mcm biasa la,ak berlima sllu gather2 g mna pon...kali ni km join program ilmiah anjuran rakan muda skateriat UNISZA~~ 1st destinasi ktorg g Taman Botani Negara,S/alam....uihh bes tau,mcm2 ada at cni..dulu org pggl Taman Pertanian Malaysia Bukit Cerakah..menariknya taman botani ni ad Rumah IklimSederhana Empat Musim yg pertama di Malaysia,slain 2 ad gak Taman Haiwan,Taman Cactus,Taman Herba,Kampung Idaman n lain2 lah..law nk lbih dtel,g la jln2 bwk fmily :)

xsbaq nk msuk...ad ap lar dlm tu...org salji msti ad pnya..huuu




haaa ni la tmpat yg km tgu..."Rumah IklimSederhana Empat Musim" . msuk by group..sjuk ngat 2clcius!! ketaq2 uuu...asa mcm dok New Zealand ja...hahaha...yg x syoknya ad tmpoh msa yg ditetapkan untuk lepak at satu2 section. so xlehla lpak lma2...org len pon nk msuk gak..dpa dok tgah brat0q tuu...alaaaa da nk kuaq da,asa x puas ja,,:p
hurmmmm da kuaq pon,tbe2 jmpe rumah renek nie.... unik ngat,ap lg smpt ktowg bgambo!! huhu ak dpt rasakn perbezaan suhu di luaq ngn at dlm td..nyaman jer kalaw at dlm igloo td berbanding at luaq yg pnas trik ~ huhu


nie at Taman Haiwan :) pnat la bjalan,asank kremm dah kaki2 nie....tp xpuas g jalan..huhu...alamak!! ad iklan lak,rehat sat noh..jpgi smbong blik>>.............
                                            




Sunday 3 February 2013

AmbiL pEngAjAraN !!







Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA DAN DEWASA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA
BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.

HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN