Suasana di dlm bilik bersalin begitu sunyi sekali,yang kdengaran hanyalah suara rintihan Rohani menahan kesakitan hendak melahirkan.'subhanallah..sakitnya..isk...isk...isk...isk... aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Rohani
pada suaminya Zamri yang ketika itu ada disisinya. "Apalah awak
ni....susah sangat nak bersalin. Sudah berjam-jam tapi masih tak keluar- keluar
juga budak tu. Dah penat saya menunggu. Ni... mesti ada sesuatu yang tak elok
yang awak sudah buat , itulah sebabnya lambat sangat nak keluar budak tu,
banyak dosa agaknya." rungut Zamri kepada isterinya, Rohani pula.
Sebak hati Rohani mendengar rungutan suaminya itu,
tetapi dia tidak menghiraukannya, sebaliknya, Rohani hanya mendiamkan diri
sahaja dan menahan kesakitannya yang hendak melahirkan itu. Rohani tahu sudah
hampir 3 jam dia berada dalam bilik bersalin itu tetapi bayinya tidak juga mahu
keluar. Itu kehendak Allah Taala, Rohani tidak mampu berbuat apa apa, hanya
kepada Allahlah dia berserah.
Sejak Rohani mengandung ada sahaja yang tidak kena
dihati Zamri terhadapnya. Zamri seolah olah menaruh perasaan benci terhadap
Rohani dan anak yang dikandungnya itu.
Jururawat yang bertugas datang memeriksa kandungan
Rohani dan kemudian bergegas memanggil Doktor Syamsul iaitu Doktor Peribadi
Rohani. Doktor Syamsul segera datang dan bergegas menyediakan keperluan
menyambut kelahiran bayi Rohani itu. Rohani hanya mendiamkan diri menahan
kesakitan dan kelihatan air matanya meleleh panas dipipi gebunya itu. Rohani
menangis bukan kerana takut atau sakit tetapi kerana terkenang akan rungutan
Zamri tadi.
Saat melahirkan pun tiba. Doktor Syamsul menyuruh
Rohani meneran ..."Come on Ani. You can do it...one more...one more Ani."
Kata kata peransang Doktor Syamsul itulah yang membuatkan Rohani begitu
bertenaga dan dengan sekali teran sahaja kepala bayinya itu sudah pun
keluar...?Alhamdulillah,? bisik Rohani apabila dia melihat sahaja bayinya yang
selamat dilahirkan itu.
Tiba-tiba Rohani terasa sakit sekali lagi dan dia
terus meneran untuk kali keduanya, sejurus itu juga keluar seorang lagi bayi,
kembar rupanya. "Tahniah Rohani, You got twin, boy and girl, putih macam
You juga." Begitulah kata kata pujian dari Doktor Syamsul. "Tahniah
Zamri, it's a twin" Doktor Syamsul mengucapkan tahniah kepada Zamri pula.
Zamri hanya mendiamkan diri sahaja setelah menyaksikan kelahiran anak
pertamanya itu, kembar pula . Doktor Syamsul memang sengaja menyuruh Zamri
melihat bagaimana keadaan kelahiran anak anaknya itu.
Rohani sudah mula merancang akan nama untuk anak
anaknya itu. Yang lelaki akan diberi nama Mohammad Fikri dan yang perempuan
akan diberi nama Farhana. Rohani merasa begitu lega sekali setelah melahirkan
kembarnya itu, tetapi sesekali bila dia teringat kata kata Zamri sebelum dia
melahirkan hatinya menjadi begitu sebak dan sedih sekali.
Sebenarnya memang terlalu banyak kata-kata Zamri
yang membuat Rohani berasa jauh hati sekali. Terutamanya sepanjang dia
mengandung. Tetapi Rohani hanya bersabar, kerana dia tahu kalau dia mengadu
pada emaknya tentu dia akan dimarahi semula. Jadi dia hanya mendiamkan diri dan
memendam rasa sahaja.
Kedua dua anaknya, Mohammad Fikri dan Farhana telah
diletakkan dibawah jagaan Nursery di Hospital Universiti Singapura (NUH) untuk
memberi peluang Rohani berehat sebentar, kemudian nanti dapatlah dia menyusukan
kedua kembar yang comel itu.
Tiba tiba fikiran Rohani menerbang kembali kedetik
detik semasa dia mengandung dahulu. Zamri memang selalu memarahinya, ada sahaja
perkara yang tidak kena. Macam macam kata kata nista yang dilemparkan kearah
Rohani. Ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal, semuanya dihamburkan pada
Rohani seolah olah melepaskan geram. Tidak sanggup rasanya Rohani menghadapi
itu semua tetapi demi kestabilan kandungannya, Rohani kuatkan juga semangat dan
pendiriannya.
Yang paling menyedihkan sekali ialah sewaktu Rohani
mula mula disahkan mengandung. Zamri tidak percaya yang Rohani mengandung
anaknya, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal untuk mengesahkan kandungan
isterinya itu. Keraguan timbul didalam hati Zamri tentang anak dalam kandungan
Rohani itu. Zamri tidak boleh menerima kenyataan yang Rohani akan mengandung
sebegitu awal sekali sedangkan mereka berkahwin baru 3 bulan. Kandungan Rohani
sudah masuk 2 bulan... bermakna Rohani cuma kosong selama sebulan sahaja
selepas mereka berkahwin. Bagi Rohani pula itu perkara biasa sahaja yang
mungkin turut dilalui oleh pasangan lain juga.
Setelah membuat pemeriksaan Doktor, Rohani pulang kerumahnya
dalam keadaan sedih. Pada mulanya Rohani berasa sangat gembira bila dia
disahkan mengandung tetapi sebaliknya bila Zamri tidak mahu menerima anak dalam
kandungannya itu, perasaannya terus berubah menjadi duka pula. Zamri menuduh
yang Rohani berlaku curang, dan anak dalam kandungannya itu adalah hasil dari
kecurangan Rohani sendiri. Hati isteri mana yang tidak remuk. Hati isteri mana
yang tidak kecewa apabila dituduh sebegitu rupa oleh suaminya sendiri. Rohani
pasrah......
Pernah suatu ketika Rohani bertengkar dengan
suaminya. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu, pelembut,
suka berjenaka, ini tidak asyik nak cari kesalahan Ani sahaja. Mengapa
bang?" Rohani bertanya kepada Zamri .
"Kaulah penyebab segalanya. Tak payahlah nak
tunjuk baik." Tempelak Zamri. Entah jantan mana yang kau dah layan kat
opis kau tu." sergah Zamri lagi.
"Abang syak Ani buat hubungan dengan lelaki
lain ke? Subhanallah??.Kenapa Abang syak yang bukan-bukan ni, Anikan isteri
Abang yang sah, tak kanlah Ani nak buat jahat dengan orang lain pulak,
Bang"? sangkal Rohani pula. "Allah dah beri kita rezeki awal, tak
baik cakap macam tu. Itu semua kehendak Allah." Rohani menghampiri sambil
memeluk badan suaminya tetapi Zamri meleraikan pelukannya dengan kasar sekali
sehingga tersungkur Rohani dibuatnya. Serentak itu juga Rohani menangis . Zamri
langsung tidak mengendahkannya. Deraian airmata Rohani semakin laju. Rohani
hanya mampu menangis sahaja. Amat pedih sekali Rohani rasakan untuk menahan
semua tohmahan dari Zamri, suaminya yang sah.
"Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Ani.
Kawan baik dengan bini sendiri, suami sendiri, bapak dengan anak, hah! emak
dengan menantu pun boleh terjadi tau, apatah lagi macam kau ni, tau tak. Dulu
tu kawan lama kau yang satu opis dengan kau tu, Amran, bukan main baik lagi
budak tu dengan kau." Bentak Zamri lagi. Tanpa disangka sangka rupanya
Zamri menaruh cemburu terhadap isterinya.
"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau
pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni."
kutuk Zamri lagi pada Rohani. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh Ani yang
bukan-bukan. Ani bukan perempuan yang tak tentu arah. Walaupun Ani hanya anak
angkat dalam keluarga ni, Ani bukan jenis macam tu, Ani tau akan halal haram,
hukum hakam agama.
?Memang Ani tak pernah tau asal usul keluarga
kandung Ani, tapi Ani bersyukur dan berterima kasih pada emak angkat Ani kerana
menjaga Ani sejak dari kecil lagi. Ani dianggapnya seperti darah daging
sendiri.? Rohani mula membangkang kata kata nista suaminya itu. "Abang
jangan cuba nak menghina keluarga kandung Ani kerana walaupun mereka tidak
membesarkan Ani tetapi disebabkan merekalah, Ani lahir kedunia ini.? Tambah
Rohani lagi dengan sebak didada.
Semenjak peristiwa pertengkaran itulah, setiap hari
Rohani terpaksa pergi ke tempat kerja Zamri apabila habis waktu bekerjanya.
Sementara menunggu Zamri pulang Rohani berehat di Surau tempat Zamri bekerja.
Zamri bekerja sebagai seorang salesman handphone di salah sebuah Pusat membeli
belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zamri bekerja shif malam terpaksalah
Rohani menunggu Zamri sampai tengah malam. Begitulah keadaannya sehingga
apabila perutnya semakin membesar pun Zamri masih memaksanya. Terpaksalah
Rohani berbohong kepada emak dan keluarganya yang lain dengan mengatakan yang
dia buat kerja overtime semata mata untuk mengelakkan pertengkaran dan tuduhan
serta kata nista suaminya itu.
Dengan keadaan perut semakin membesar Rohani masih
gagahkan juga dirinya pergi bekerja. Kadangkala apabila Zamri tidak menjemput
Rohani ditempat kerja terpaksalah Rohani berasak asak menaiki bas untuk pulang
. Begitulah keadaan Rohani sehinggalah hampir pada waktu bersalinnya. Pernah
sekali Rohani minta dijemput kerana dia sudah larat benar tetapi sebaliknya
Zamri membalasnya dengan kata kata kesat kepadanya, perempuan tak tau
berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah, perempuan tak sedar diri
lah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan dan macam macam lagi kata kata nista
dilemparkan kepadanya.
Suatu hari Zamri dalam keadaan marah telah menarik
rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani ke dinding...Rohani hanya mampu
menangis dan menanggung kesakitan. Ini semua gara-gara Rohani hendak pergi ke
rumah Mak Saudaranya yang ingin mengahwinkan anaknya di Tampines. Emak Rohani
sudah seminggu pergi kesana untuk menolong Mak Saudaranya itu. Hari sudah
semakin petang jadi Rohani mendesak agar bertolak cepat sikit, lagipun langit
sudah menunjukkan tanda tanda hendak hujan. "Hari dah nak hujan, Bang.
Elok rasanya kalau kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.? Pinta
Rohani.
Tanpa disangka sangka kata kata Rohani itu
membuatkan Zamri marah dan dengan dengan tiba-tiba sahaja Zamri bangun. Dengan
muka bengisnya, Zamri memandang Rohani. "Kau tahu aku penatkan, tak boleh
tunggu ke, aku punya sukalah nak pergi malam ke, siang ke, tak pergi lansung
ke." marah Zamri. Rohani menjawab,"Itu Ani tau, Abang kan dah berehat
dari pagi tadi takkan masih penat lagi. Sepantas kilat Zamri datang kepada
Rohani dan direntapnya rambut Rohani lalu di hantukkan kepala Rohani kedinding.
Rohani tidak berdaya untuk menghalangnya. Ya Allah! Sungguh tergamak Zamri
berbuat demikian...terasa kebas kepala Rohani dan dirasakannya mula membengkak.
Pening kepala Rohani dibuatnya.
"Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menerima
semua ini. Kau lindungilah aku dan kandunganku ini dari segala bahaya dan azab
sengsara, Ya Allah.? Doa Rohani dalam hatinya dengan penuh keluhuran. Rohani
memencilkan dirinya disudut dinding dan menangis sepuas puasnya.... "Bang,
Ani minta maaf jika kata kata Ani tadi membuatkan Abang marah." Rohani
memohon maaf kepada suaminya sambil tersedu sedu.
Hari itu seperti biasa Zamri ketempat kerjanya.
Tiba tiba handphonenya berbunyi. Kedengaran suara Doktor Syamsul menyuruhnya
datang segera ke hospital, kerana ada sesuatu yang berlaku terhadap Rohani.
Setibanya di hospital sahaja,"Zamri, kami
sudah cuba untuk menyelamatkan Rohani tapi kuasa Allah melebihi segalanya,
Rohani mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Rohani
jatuh atau... kepalanya terhantuk kuat pada sesuatu kerana sebelah kanan
kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama ?
Doktor Syamsul bertanya agak serius. Dia inginkan penjelasan sebenar dari
Zamri. Zamri hanya mendiamkan diri.
Serentak itu juga Zamri teringat yang dia pernah
menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani kedinding sekuat
kuatnya...dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah sekali pun membawa Rohani
ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya. Rohani sering mengadu sakit
kepala yang teruk ...namun Zamri tidak pernah mengendahkan kesakitan Rohani
itu, malah baginya Rohani hanya mengada-ngadakan cerita ......saja buat buat
sakit untuk minta simpati...
Sambil menekap mukanya dengan tangan Zamri menyesal...."YA
ALLAH apa yang aku dah buat ni."
Doktor Syamsul menjelaskan lagi,"Doktor Zain
yang merawat Rohani kerana Rohani mengadu sakit kepala yang amat sangat sewaktu
dia memberi susu pada kembarnya di Nursery. Jadi Doktor Zain telah membawa
Rohani ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah
beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal dan kami tak mampu melakukan
apa-apa kerana Rohani tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari awak
Zamri.?
?Hanya satu permintaan terakhir arwahnya, dia minta
awak membaca diarinya ini. I'm really sorry Zakri. Allah lebih menyayanginya.?
kata Doktor Syamsul lagi lalu menyerahkan sebuah diari yang berbalut kemas
dengan kain lampin bayi yang masih baru kepada Zamri.
Zamri mengambil diari tersebut. Satu lembaran
kesatu lembaran dibukanya. Setiap lembaran tertulis rapi tulisan tangan Rohani
mencoretkan peristiwa yang berlaku padanya setiap hari. Begitu tekun sekali
Zamri membacanya dan ternyata banyak sekali keluhan, kesakitan & segala
luahan rasa Rohani semuanya tertera didalam diari tersebut. Dan Zamri dapati
setiap peristiwa itu semuanya adalah perlakuan buruk Zamri terhadap Rohani...
"Ya Allah, kenapa aku buat isteriku
begini." keluh hati kecil Zamri penuh penyesalan selepas membaca setiap
lembaran diari itu. Dan apabila tiba ke muka surat terakhir, tiba tiba Zamri
terpandang bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk
membacanya...
Untuk suamiku yang tersayang, Zamri.
"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA
YANG PERTAMA PADA HARI INI."Dengan air mata yang mula bergenang Zamri
memulakan bacaannya....
Assalamualaikum.
Abang...
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada
Ani pada pertemuan pertama kita dulu. Sudah lama Ani simpan bunga tu Bang...
Bunga inilah lambang kasih sayang Ani pada Abang
selama ini. Ia tidak pernah berubah pun walau telah kering.....Ani teramat
menyayangi Abang. Ani sentiasa menyimpan setiap hadiah yang Abang berikan pada
Ani. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya
Ani pada Abang..
Terlebih dahulu Ani teringin sangat nak dengar
Abang panggil Ani ?AYANG? seperti kita baru baru kahwin dulu...Abang panggil
Ani ?AYANG?...terasa diri Ani dimanja bila Abang panggil macam tu...walaupun
Ani cuma dapat merasa panggilan ?AYANG? itu seketika sahaja. Abang sudah banyak
berubah sekarang. Perkataan ?AYANG? telah hilang dan tidak kedengaran untuk Ani
lagi. Kenapa? Benci sangatkah Abang pada Ani? Ani telah melakukan kesalahan
yang menyinggung perasaan Abang ke?
Abang...
Tulisan ini khas Ani tujukan untuk Abang. Bacalah
semoga Abang tahu betapa mendalamnya kasihsayang Ani pada Abang. Abang tentu
ingatkan hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan
sebagai hadiahnya Ani berikan Abang.......Mohammad Fikri dan Farhana.
Buat diri Ani, Ani tak perlukan apa apa pun dari
Abang cukuplah dengan kasih sayang Abang pada Ani. Ani akan pergi mencari
ketenangan dan kedamaian untuk diri Ani. Ani pergi untuk menemuiNya. Ani reda
Bang....
Harapan Ani, Abang jagalah kedua kembar kita tu
dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Mereka tidak tahu apa-apa.
Itulah hadiah paling berharga dari diri Ani dan mereka adalah darah daging
Abang. Janganlah seksa mereka. Abang boleh seksa Ani tapi bukan mereka.
Sayangilah mereka...
Dan yang terakhir sekali, Ani ingin mengatakan
bahawa dalam hidup ini, Ani belum pernah mengadakan apa apa hubungan dengan
sesiapa pun melainkan Abang sahaja di hati Ani. Jiwa dan raga Ani hanya untuk
Abang seorang.
Ribuan terima kasih Ani ucapkan kerana Abang sudi
mengahwini Ani walaupun Ani cuma menumpang kasih didalam sebuah keluarga yang
menjaga Ani dari kecil hinggalah Ani bertemu dengan Abang dan berkahwin.
Ani harap Abang tidak akan mensia siakan kembar
kita tu dan Ani tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Ani yang malang ini
dan hanya menumpang kasih dari sebuah keluarga yang bukan dari darah daging
sendiri...tapi Ani tetap bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang
sepenuhnya dari keluarga angkat Ani. Ani harap sangat Abang akan sentiasa
memberitahu pada kembar kita yang Ani ibunya, akan sentiasa bersama disamping
mereka berdua, walaupun Ani tidak berkesempatan membelai mereka dan cuma
seketika sahaja dapat mengenyangkan mereka dengan air susu Ani.
Berjanjilah pada Ani, Bang! dan ingatlah Fikri dan
Farhana adalah darah daging abang sendiri...
Ampunkan Ani dan halalkan segala makan minum Ani
selama setahun kita hidup bersama.
Sekiranya Abang masih tidak sudi untuk menerima
kehadiran Fikri dan Farhana dalam hidup Abang, berilah mereka pada emak Ani
supaya emak dapat menjaga kembar kita itu. Tentang segala perbelanjaannya,
janganlah Abang risau kerana Ani sudah pun masukkan nama emak dalam CPF Ani.
Biarlah emak yang menjaga kembar kita itu, sekurang-kurang terubat juga rindu
emak sekeluarga pada Ani nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita kan
Bang!Mohammad Fikri mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Ani yakin
mesti Farhana akan mengikut iras raut wajah Ani...Ibunya...sejuk perut Ani mengandungkan
mereka.
Inilah satu satunya harta peninggalan yang tidak
ternilai dari Ani untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan
mengingati Ani walaupun Ani sudah tiada lagi disisi Abang dan kembar kita.
Salam sayang terakhir dari Ani Untuk Abang dan
semua.
Doakanlah Kesejahteraan Ani.
Ikhlas dari isterimu yang malang,
Rohani
Sehabis membaca diari tersebut, Zamri meraung
menangis sekuat kuat hatinya. Dia menyesal.......menyesal......
"Sabarlah Zamri, Allah maha berkuasa. Kuatkan
semangat kau, kau masih ada Fikri dan Farhana." pujuk Zul, kawan baiknya.
Zamri hanya tunduk membisu.
Ya Allah...
Ani, maafkan Abang. Tubuh Zamri menjadi longlai dan
diari ditangannya terlepas, tiba tiba sekeping gambar dihari pernikahan antara
Zamri dan Rohani terjatuh dikakinya lalu segera Zamri mengambilnya.
Belakang gambar itu tertulis "SAAT PALING
BAHAGIA DALAM HIDUPKU DAN KELUARGA. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN INI AKAN
SENTIASA MENYELUBUNGIKU HINGGA KEAKHIR HAYATKU.?
Zamri terjelepuk dilantai dengan berjuta penyesalan
merangkumi seluruh tubuhnya. Dia seolah olah menjadi seperti orang yang hilang
akal. Satu demi satu setiap perlakuan buruknya terhadap Rohani seperti terakam
dalam kepala otaknya...setiap perbuatannya...seperti wayang jelas terpampang...kenapalah
sampai begini jadinya...kejamnya aku...Ani, maafkan Abang?.maafkan Abang?.
Abang menyesal??.
Sewaktu jenazah Rohani tiba dirumah suasananya amat
memilukan sekali. Zamri sudah tidak berdaya lagi untuk melihat keluarga
isterinya yang begitu sedih sekali diatas pemergian anak mereka.
Walaubagaimanapun emak Ani kelihatan begitu tabah dan redha. Kedua dua kembar
Zamri sentiasa berada didalam pangkuan nenek mereka.
Untuk kali terakhirnya, Zamri melihat muka Rohani
yang kelihatan begitu tenang, bersih dan Zamri terus mengucup dahi Rohani.
"Rohani, Abang minta ampun dan maaf." bisik Zamri perlahan pada
telinga Rohani sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa nimpa dirinya.
Apabila Zamri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan
dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali
terakhir dan terlihat oleh Zamri ada titisan airmata bergenang di tepi mata
Rohani. Airmata itu meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zamri.
Kembarnya menangis semula setelah diangkat oleh
Zamri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Rohani dibawa ke pusara. Ramai
saudara mara Rohani dan Zamri mengiringi jenazah, termasuklah kedua kembar
mereka. Mungkin kedua kembar itu tidak tahu apa-apa tetapi biarlah mereka mengiringi
pemergian Ani, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih sekali ketika itu.
Zamri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Rohani yang
selama ini hidup merana atas perbuatannya.
Dan akhirnya Jenazah Rohani pun selamat dikebumikan.
Satu persatu saudara mara meninggalkan kawasan pusara, tinggallah Zamri
keseorangan di pusara Rohani yang masih merah tanahnya...meratapi pilu
pemergian isterinya itu, berderai airmata Zamri dengan berjuta juta penyesalan
...
Sambil menadah tangannya, Zamri memohon pengampunan
dari yang Maha Esa...
Ya Allah?.
Kuatkan semangat hambamu ini . Hanya Kau sahaja
yang mengetahui segala dosa aku pada Rohani....ampunkan aku Ya Allah....
Dalam tangisan penyesalan itu, akhirnya Zamri
terlelap disisi pusara Rohani. Sempat juga dia bermimpi, Rohani datang
menghampirinya, mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk tubuhnya dengan
lembut mulus.
Zamri melihat Rohani tenang dan jelas kegembiraan
terpancar dimuka Rohani yang putih bersih itu. Ani..., Ani..., Ani..., nak
kemana Aniiiiiii. Zamri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembarnya
menangis. Emak dan keluarga mertuanya itu datang mendekati Zamri. Mereka semua
menyabarkannya.....
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Rohani......